Laman Utama



MZ GROUP mempunyai beberapa syarikat yang telah diasaskan dan diterajui oleh Dato' Mohd Zulkifli Bin Hj. Muda. Penglibatan Dato' Mohd Zulkifli dalam bidang perniagaan bermula sejak tahun 1979 lagi. Beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti sosial seperti membantu dari segi memberikan khidmat nasihat dan pendidikan kepada pelajar, kakitangan kerajaan/swasta/badan-badan berkanun, belia, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain supaya mereka dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Matlamat MZ GROUP ialah untuk membantu masyarakat supaya terkeluar daripada masalah kewangan supaya hidup dalam keadaan lebih selesa dunia dan akhirat serta menjadi masyarakat yang bijak merancang kewangan dari segi perniagaan, pelaburan dan perbelanjaan. MZ GROUP menghulurkan pertolongan untuk membantu masyarakat dan menjaga kepentingan peserta.

MZ GROUP mewujudkan konsep tolong menolong yang menghubungkan pihak MZ GROUP dengan pengguna. MZ GROUP bersedia untuk mengubah dan mendidik pengguna kepada satu sistem yang lebih bijak dan menguntungkan untuk dunia dan akhirat Insyaallah.


MATLAMAT 
  • Memastikan setiap peserta bebas dari hutang piutang
  • Memberi khidmat nasihat ( perbelanjaan, pelaburan dan perniagaan )
  • Menyediakan kursus perniagaan yang sesuai masa kini
  • Merapatkan hubungan antara peserta

Dalam masa yang sama MZ GROUP ingin membantu pengguna malaysia merealisasikan hasrat mereka untuk masa hadapan yang lebih terjamin terutama kepada pengguna Islam. Setiap umat Islam mempunyai hasrat untuk menunaikan Fardhu Haji kerana ia adalah rukun Islam ke lima yang wajib disempurnakan.

Apakah Sumbangan Anda Kepada Masyarakat Hari Ini?
                                                                                                   
Ini adalah langkah permulaan untuk anda berkhidmat kepada pengguna. Dengan kerjasama yang erat daripada anda dengan MZ GROUP, sudah pasti kita dapat melahirkan lebih ramai pengguna yang berjaya dan berwibawa di dalam masyarakat. Seterusnya, akan lahirlah masyarakat penyayang dan dari segi ekonomi pula, ianya akan bertambah subur.

Terdapat dua cara di mana anda dapat menyalurkan khidmat kepada masyarakat iaitu:-
  1. Anda sebagai orang tengah dalam menyebarkan keistimewaan MZ GROUP. Secara tidak langsung akan dapat membantu pengguna menyertai MZ GROUP untuk berjimat cermat, menyelesaikan masalah hutang piutang disamping mendapat bantuan sekiranya ahli mengahadai masalah termasuk masalah kewangan.
  2. Memberi khidmat secara terus kepada pengguna dengan menceritakan pengalaman anda sebagai pengguna dan wakil MZ GROUP .
Kepercayaan yang diberikan kepada kami amatlah bermakna. Demi masa depan anda dan generasi kita, berusahalah untuk berubah. Sesungguhnya, mereka yang sentiasa mencari dan menerima perubahan akan lebih berjaya di dalam hidupnya. Doa, usaha, iktiar dan tawakkal dilupa jangan, agar dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dariNya serta sentiasalah bersyukur di atas nikmatNya supaya kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan.

4 comments:

  1. semoga dimurahkan lagi rezeki dato...

    ReplyDelete
  2. Hidup Muafakat Membawa Berkat.....Get Together And Move Forward....Defeat The World!!! Daulatkan Bangsa!!!

    ReplyDelete
  3. "Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat"

    Semoga Allah permudahkn segala urusan dan mmberi kejayaan atas usaha murni dmz

    ReplyDelete